Kesihatan yang baik bermula dari gaya hidup yang sihat, pemakanan
yang seimbang dan juga amalan bersenam. Jadikan senaman sebagai rutin
yang seronok bagi mengekalkan kecergasan badan. Namun demikian, jika
tersalah lakukan senaman, anda mungkin mengalami kecederaan.
Garis panduan di bawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan
akibat daripada senaman dan membolehkan anda bersenam secara
menyeronokkan.
1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa minggu apabila anda semakin lebih cergas.
- Mulakan senaman berselang seli 2 – 3 minit, dengan 2 – 3 minit berehat selama 15 minit.
- Aktiviti senaman perlu ditambah 2 – 3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30 minit .
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan rengangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
- Ketidakselesaan
- Sakit
- Pening
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
- Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
- Petang ( selepas pukul 6 petang )
- Permukaan yang rata.
- Suhu dan kelembapan udara terkawal.
- Kawasan redup dan teduh.
- Tempat yang cukup terang.
11. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit diabetes:
- Bawa gula-gula atau manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah).
- Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari kecederaan kaki.
- Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
- Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
- Jangan lakukan senaman yang terlalu agresif dan cuba minimakan pergerakan yang berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.
0 comments:
Posting Komentar